Garis masa Sultan Omar 'Ali Saifuddien III

TahunPeristiwa
1947Diarak menjadi Pengiran Bendahara.
1950Baginda naik takhta.
1951Menunaikan Fardhu Haji kali pertama, mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat, lagu kebangsaan Brunei ‘Allah Peliharakan Sultan’ diakui secara rasmi.
1953Mengemukakan cadangan bagi Perlembagaan Bertulis Brunei, Sekolah Inggeris ditubuhkan, pembinaan Masjid Besar Omar Ali Saifuddin di Bandar Brunei yang siap pada Tahun 1958, menerima Bintang Kebesaran daripada Queen Elizabeth II yang membawa gelaran ‘Sir’.
1955Mengemukakan Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun pertama.
1957Radio Brunei memulakan penyiaran.
1959Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad memulakan operasi cari gali minyak di luar pantai, menandatangani Perlembagaan Bertulis Brunei di Lapau, Bandar Brunei.
1961menubuhkan Pasukan Askar Melayu Brunei yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia.
1962Menunaikan Fardhu Haji kali kedua, pemberontakan meletus di Brunei.
1963Memutuskan Brunei untuk tidak bergabung/menyertai Persekutuan Malaysia.
1967Brunei mengeluarkan mata wang sendiri, turun dari takhta(33 kali berangkat ke luar negeri dari 1951 - 1967) dan digantikan oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
1986Baginda yang juga bergelar Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien telah kembali ke rahmatullah.